Sabtu, 14 Juni 2008

KURMA DALAM AL-QUR'AN DAN HADITS

KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan dari Abdullah bin Jaafar : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita dari Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapaknya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Barang siapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terlindungi daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".


Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadits di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu".

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, di mana Allah memerintahkan Maryam memakannya ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis ajaran yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab saja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah ajaran yang akui oleh dunia internasional. Malah ia lebih baik daripada obat-obatan modern yang menggunakan berbagai campuran zat-zat yang dapat mengakibatkan efek samping.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi untuk memproduksi ASI. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan ASI, maka dengan memakannya Insya Allah dapat mempercepat produksi ASI. Kurma juga berperanan dalam pertumbuhan anak-anak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Penelitian lainnya membuktikan bahawa kurma adalah makanan yang paling cocok sebagai sumber tenaga. Kurma akan segera dibakar dan akan disalurkan ke bagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini , sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya dari Anas :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau bersabda : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Pada hadis lain dinyatakan kelebihan buah kurma :

Dari Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, yaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebutir buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang memperhatikan kesehatan , buah kurma amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum beraktivitas.

Tidak ada komentar: